Print

High-End Industry Graduate Internship Programme (HEIGIP)

Posted in Hubungan Industri

HEIGIP telah diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 2011 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Melalui program ini, pelajar didedahkan dengan dunia pekerjaan pelbagai sektor seperti pertanian, perkilangan, teknologi maklumat dan perdagangan ketika masih dalam pengajian. Pelajar terpilih akan menjalani program sangkutan di industri pada setiap cuti semester, bermula daripada semester kedua pengajian.

Bagi menjayakan program ini, PHI berperanan untuk:
1) Mengenalpasti industri dan pelajar yang memenuhi kriteria HEIGIP
2) Membuat pemadanan pelajar dan industri
3) Mengawal dan memantau latihan pelajar di industri
4) Menguruskan sebarang perbelanjaan pengurusan dan perlaksanaan HEIGIP Menjadi penghubung kepada urusetia HEIGIP berkenaan isu di dalam perlaksanaan HEIGIP

Syarat-syarat calon pelajar untuk tawaran latihan HEIGIP adalah:
1) Calon adalah warganegara Malaysia.
2) Calon berada di dalam semester 2 atau lebih dan CGPA 3.00 ke atas.
3) Calon yang tidak dikenakan tindakan tatatertib